Friday, March 7, 2008

Cerita Pok Leh Chenih

Di sebuah kampung di Chenih, tinggal seorang tua bernama Pok Leh bersendirian di pondoknya. Pok Leh baru sahaja kematian isteri bernama Mok Su kerana diserang sakit jantung beberapa minggu yang lepas. Pok Leh selalu menjadi bualan mulut jiran-jirannya disebabkan sikap beliau pergi kekubur isterinya sebanyak tiga kali sehari. Penduduk kampung terharu dan kagum dengan sikapnya itu.

Pok Leh pergi tak kira pagi, tengah hari maupun petang untuk menyiram kubur isterinya secara berterusan selama dua minggu. Di mata penduduk kampung, Pok Leh ternyata amat mencintai isterinya itu.
Suatu hari, seorang teman mendekatinya dan berkata "Awak ni Pok Leh, terlalu sangat cintakan Mok Su sehingga sanggup berbuat sedemikian. Tak pernah lagi aku tengok orang kampung kat sini buat macam apa yang kau buat ni Pok Leh".
Pok Leh menjawab "Sebenarnya, sebelum Mok Su menghembuskan nafasnya yang terakhir, dia sempat berpesan kat aku. Kalau aku hendak kahwin pun tunggulah sehingga rumput di kuburnya tumbuh dahulu. Oleh itu terpaksalah aku menyiram kuburnya supaya rumputnya cepat tumbuh".

0 Comments & Messages :

Contact Us

Your Message :
Your Name :
Email Address :

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Flyers And Posters

Flyers And Posters