Friday, March 7, 2008

Jumpa Motivater

Hari ini saya dapat peluang bertemu dengan pakar motivasi negeri Terengganu yang tersohor iaitu Yang Mulia Raja Kamrin.
Dalam pertemuan singkat itu, YM Raja Kamrin sempat menyelitkan kata-kata semangat dan jati diri pada setiap penghujung tutur kata beliau walaupun pertemuan tersebut hanya berkisar pada perbualan ringkas dan kasual.
Antara ungkapan beliau, kejayaan seseorang didalam hidup bergantung kepada 3 perkara iaitu yang pertama ialah Keperibadian (attitude), yang kedua Kemahiran (skills) dan yang ketiga ialah Pengetahuan (knowledge).
Mempelajari dan memahirkan diri dalam berbagai bidang semestinya akan memudahkan dan membuka jalan untuk seseorang itu berjaya didalam apa sahaja kerja yang dilakukannya, selain dari peribadi yang elok dan ilmu pengetahuan yang luas.
Sesungguhnya proses pembelajaran dan memahirkan diri itu kan berterusan selama kita hidup samaada dalam pencarian ilmu dunia maupun ilmu akhirat. Semoga kata-kata beliau menjadi panduan buat kita semua dalam mencapai kejayaan hidup. InsyaAllah.

0 Comments & Messages :

Contact Us

Your Message :
Your Name :
Email Address :

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Flyers And Posters

Flyers And Posters