Friday, March 21, 2008

Rajin Mari

Bahasa Terengganu kekadang amat unik dan melucukan bagi orang luar yang berhijrah ke negeri penyu bertelur ini.
Suatu hari saya membuat pemeriksaan di klinik gigi di Hospital Besar Kemaman. Waktu saya sampai masa tu tiada pesakit memandangkan awal pagi. Selepas saya mendaftar, sepasang suami isteri masuk untuk membuat pendaftaran. Dari gelagat dan cara mereka bercakap, saya yakin mereka bukan orang tempatan. Memandangkan jarak kaunter pendaftaran dengan tempat duduk saya agak rapat maka saya dapat mendengar perbualan mereka dengan jelas. Suaminya mengambil tempat duduk disebelah saya dan membiarkan si isteri membuat pendaftaran.
“Selamat pagi kak! Saya nak membuat pemeriksaan gigi!” kata perempuan tersebut kepada kakak jururawat yang sedang sibuk menulis sesuatu di buku catatannya.
“Selamat pagi, mintak IC dik!” sapa jururawat tersebut.
“Rajing mari sining dok?" tanya jururawat tu lagi.
Perempuan tersebut pun berpaling kepada suaminya dan bertanya: “Abang bila lagi off day?”. “Next month la dear” jawab suaminya.
“Maaf kak, saya tak begitu rajin datang kesini, cuma hari ni sahaja saya ada masa. Kalau kena hari lain malas la saya nak datang!” jawab perempuan tersebut secara ikhlas kepada pada jururawat yang bertugas. Jururawat tersebut tersenyum lantas membetulkan ayatnya..."Adik pernah datang kesini tak?” soalnya lagi dalam slang Kay Eyl.
“Ooo, saya tak pernah datang kak!” jawab perempuan tersebut separuh gelak.
“Ni nok periksa mende?" tanya jururawat tu lagi.
“Saya nak cabut gigi geraham, rasanya macam dah berlubang dan nak buat scaling” tambah perempuan tersebut.
“Mmm, kalu nok buat scaling kena set appointmeng, kalu gigi berlubang dang sakit, kita kena cabut selalu arr” jawab jururawat tu lagi.
“Saya nak cabut geraham yang berlubang je kak! kalau selalu kena cabut, habis rongak la saya ” jawab perempuan tu lagi.
Saya yang dari tadi macam nak tergelak terus menerangkan maksud kata-kata jururawat pada suami perempuan tersebut yang berada disebelah saya yang kemudiannya menjelaskan pada isterinya. Jururawat kat kaunter pendaftaran hanya tersenyum melihat kami...senyum selalu!

0 Comments & Messages :

Contact Us

Your Message :
Your Name :
Email Address :

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Flyers And Posters

Flyers And Posters