Friday, March 7, 2008

Kemaman Perwaja Steel Annual Dinner 2008



















































1hb.Mac telah menyaksikan Perwaja Steel Kemaman menyambut kegemilangan dengan menganjurkan Majlis Makan Malam untuk para Pekerja dan Rakan Niaganya.

Antara VVIP yang hadir pada malam itu adalah merupakan Tuan Pengerusi Maju Holdings iaitu pemegang saham yang terbesar dalam Perwaja, Exco Pelancongan Negeri Terengganu, YB Dato Mohamed Bin Awang Tera dan juga Ahli Parlimen Kemaman, YB Ahmad Sabery Chik. Dengan kehadiran seramai 5000 orang, majlis pada malam itu diserikan dengan berbagai acara, termasuk pertandingan akhir karaoke inter-lojidepartment, pertandingan sketsa dan cabutan-cabutan bertuah dengan berbagai hadiah utama termasuk beberapa buah motosikal yang dihadiahkan oleh para kontraktor pembekal Perwaja. Namun pada malam itu majlis persembahan dimeriahkan dengan artis jemputan iaitu Mat Over yang bertindak sebagai Pengacara dan juga Pelawak. Sementara kemunculan penyanyi terkenal Nurul tidak menghampakan peminat dengan persembahan 4 lagu yang dibawakannya. Malam itu semuanya best...penonton, artis, acara, makanan...meriah bangat !!! Majlis yang diadakan setiap tahun ini bermula pada jam 8.00 malam dan berakhir pada jam 12.00 malam dengan penyampaian hadiah untuk pekerja-pekerja cemerlang Perwaja Steel Kemaman.

Majlis ini dijayakan dengan kerjasama EMP Entertainment dibawah pengurusan acara oleh Mr.Zul. Berikut adalah beberapa foto yang sempat dirakam. semoga ditahun akan datang lebih meriah lagi. Salute kepada semua Event Committe Perwaja yang bertungkus lumus untuk menjayakan majlis ini. Cheriooosss !!!

0 Comments & Messages :

Contact Us

Your Message :
Your Name :
Email Address :

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Flyers And Posters

Flyers And Posters