Wednesday, September 17, 2008

Semua orang nak kurus dan langsing macam model, tapi tidak ramai yang mampu kurus macam tu. Diet dan pil2 dah try tapi sampai sekarang tak ade improvement - Lagi mengelembung naik adalah - Jadi dibawah ini dilakarkan tips-tips mudah nak kuruskan badan, walaupun terkadang sukar untuk dilaksanakan, wakaka!

1. Jangan guna jalan pintas (shortcut) yg boleh mendatangkan kesan sampingan contohnya tak makan nasi selama 3 bulan. Nasi adalah karbohidrat yg penting untuk memberi tenaga. Karbohidrat, protein & lemak perlu ada dalam makanan seharian tapi perlu seimbang. Cuma kuantititi nasi hendaklah dikurangkan sebaliknya lebihkan makan sayur2an & buah2an segar. Cuba tukar gaya makan anda kepada ‘makan sayur berlaukkan nasi’ dan bukan ‘makan nasi berlaukkan sayur’. Namun diet hanya menyekat makanan atau kalori berlebihan tetapi lemak dalam badan perlu dibakar. Jangan percaya pil2, ubat2 kuruskan badan,kebanyakannya ada side effect. 
2.Bersenam - senaman adalah pembakar lemak. Senaman perlu disiplin (minima 20 minit setiap kali, 3 kali seminggu) & jangan berputus asa. Mulakan dengan berjalan pantas atau berjogging atau berbasikal atau berenang bagi mengurangkan impak kepada sendi. Setelah stamina meningkat tambah masa senaman dari 20min ke 30min ke 45min dan seterusnya diselangselikan dgn mengangkat bebanan. Hmm…jangan angkat berat2 sangat, ikut kemampuan laa… 
3. Banyakkan minum air kosong. 
4. Parking kenderaan jauh sikit daripada tempat yang hendak dituju supaya boleh berjalan. 
5. Utamakan naik tangga dari naik lif. 
6. Kurangkan makan di luar. Masakan sendiri kita boleh kawal garam, lemak dan sebagainya. 
7. Jangan simpan coklat, biskut raya, chekedis atau junk food di pejabat (terutama kat drawer tu). 
8. Jangan abaikan sarapan pagi, tetapi makan makanan berserat tinggi seperti oat. 
9. Jangan selalu timbang berat badan tapi guna ukuran seperti seluar dah longgar, boleh pakai jeans dengan selesa atau cuba kembali tshirt2 yang dah lama tak dipakai. 
10. Jangan target terlampau tinggi sangat, turun 1kg sebulan adalah lebih sihat berbanding 4kg dalam 1 bulan. 11. Libatkan keluarga dalam proses ini. Senaman bersama keluarga lebih bermakna bagi mengeratkan hubungan. 
12. Lepas senaman atau aerobik jangan la pergi makan nasi lemak atau kena ABC pulak. 
13. Bagitau kawan2 atau keluarga target anda dan catat pencapaian anda dalam diari atau blog atau kat mana2 sajalah. 
14. Bagi reward kepada diri sendiri jika target tercapai. 
15. Mulakan SEKARANG dan jgn bertangguh2 lagi utk mencapai berat badan yg sihat. 

Apapun, jika anda malas atau tiada keazaman yang kuat, tips-tips mudah tersebut pasti terasa susah utk dipraktikkan, Tapi kalau nak seribu daya kan? Selamat mencuba!

0 Comments & Messages :

Contact Us

Your Message :
Your Name :
Email Address :

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Flyers And Posters

Flyers And Posters