Saturday, September 6, 2008

Closing to 16th September

Tidak adil rasanya kalau kita hanya menyepi dan melihat atau menerima sahaja apa yang bakal terjadi kepada pemerintahan negara kita. Keadaan politik negara semakin rancak dengan berita-berita rasuah, isu-isu sensitif parti politik dan juga ura-ura penubuhan kerajaan oleh PKR. Memang berita-berita baik itu pun banyak, tapi yang menarik perhatian berita sensasi ni lah! Semalam PM pun sudah memaklumkan kepada Yang Dipertuan Agung tentang ura-ura pengambil-alihan kuasa tersebut dimana BN seterusnya mendapat kepercayaan Y.D.A untuk memerintah negara.

Jika dikaji dari istilah 'Reverse Psychology", jika benar pengumuman Ketua Pembangkang PKR sebenarnya tidak menjejaskan atau menakutkan Pari Kuat Kerajaan BN iaitu UMNO, jika ianya hanya angan-angan kosong mat jenin, kenapa pucuk pimpinan UMNO semakin membangkitkan isu tersebut bak kata remaja 'gabra' sehingga terpaksa memaklumkan kepada Y.D.A sedangkan semua orang masih ingat bagaimana keputusan negeri Y.D.A untuk memilih Menteri Besar ditentang oleh sebilangan pemimpin dalam UMNO, sehingga rakyat menggangkat Daulat Tuanku barulah semuanya patuh!

Saya melihat dari sudut logik sebenarnya memang tidak mudah untuk mengambil alih kerajaan sewenang-wenangnya, kita bukan negara revolusi atau negara republik jauh sekali seperti negara lain yang mempunyai parti sayap kiri yang lebih mirip kepada parti militan. Kita semua adalah sebangsa walaupun berlainan kaum sudah pasti yang berbeza hanyalah pendapat (thoughts) bukannya ideologi pemerintahan (governance ideology).

Namun tarikh 16 September pasti datang, yang belum pasti adakah perkara Penubuhan Kerajaan Baru tersebut akan terjadi atau tidak? MUSTAHIL TAPI BERKEMUNGKINAN...

0 Comments & Messages :

Contact Us

Your Message :
Your Name :
Email Address :

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Flyers And Posters

Flyers And Posters