Sunday, August 10, 2008

TATiUC bakal universiti teknikal dunia

TELUK KALONG - Bangunan baru Kolej Universiti Tati (TATiUC) bernilai RM30 juta siap sepenuhnya dengan kemudahan serba lengkap memberi peluang belajar kepada lebih ramai pelajar bagi memenuhi pasaran pekerjaan.

Menurut Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said, kerajaan negeri akan terus memberi sokongan kepada TATiUC untuk meningkatkan kecemerlangan pelajar. “Kualiti pelajar harus dititikberatkan selain tahap kemahiran yang luar biasa bagi menghadapi cabaran di peringkat global. "TATiUC harus berbangga dengan pencapaian pelajar jurusan Industri Automotif (Sistem Berintergrasi Komputer) kerana memenangi tempat pertama dan ketiga dalam pertandingan CISCO Networking Skill Competition 2008 yang berlangsung di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam April lalu,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian bangunan Akademik dan Ruane Tati kelmarin.

Seiring dengan matlamat memenuhi pasaran pekerjaan, Ahmad menyarankan supaya TATiUC mengemaskini sistem pembelajaran dan pengajaran dari semasa ke semasa. Tambahnya, TATiUC mengalami proses kemata-ngan dan pelbagai cabaran serta persaingan ditempuh untuk sampai ke tahap tersebut.“Saya melihat bangunan baru ini sebagai satu tanda positif bahawa TATiUC mampu menjadi sebuah universiti teknikal bertaraf dunia suatu hari nanti,” katanya.

Pada majlis itu, Ahmad turut menanam pokok kuini sebagai mercu tanda dan simbolik di pekarangan kolej TATiUC.

0 Comments & Messages :

Contact Us

Your Message :
Your Name :
Email Address :

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Flyers And Posters

Flyers And Posters