Thursday, August 21, 2008

Notice To All Femestalent - Pencarian Bakat Baru - Talent Search

Cherry Talent & Management (001779675-T) sedang mencari bakat-bakat baru yang ingin diketengahkan dalam bidang seni ini. Anda haruslah berbakat tidak kira dalam lakonan, nyanyian, tarian atau sebagainya. Anda haruslah mempunyai personaliti dan perwatakan yang menarik, berdisiplin, dan mempunyai IQ yang tinggi. Anda hendaklah berumur 17-22 tahun. Jika anda berminat, bolehlah menghantarkan email kepada talent@cherrytalent.com.my

Untuk maklumat lanjut, sila emailkan ke info@cherrytalent.com.my

Cherry Talent & Management  dengan kerjasama majalah MANGGA akan mengadakan Pencarian Bintang Mangga (Mangga Star Search). Jika anda ingin menyertainya, sila dapatkan majalah Mangga bermula isu September di pasaran sekarang. Apa yang menarik dalam pertandingan ini adalah hadiah-hadiah yang ditawarkan yang lumayan disamping anda akan diserapkan sebagai artis dibawah pengurusan Cherry Talent & Management jika anda terpilih ke peringkat akhir. Ini bermakna segala aktiviti seni anda akan diuruskan oleh Cherry Talent & Management.

Syarat-syarat:
- Berumur 15-22 tahun
- Memiliki pakej dan penampilan menarik
- Berbakat dalam nyanyian, lakonan, peragaan & pengacaraan
- Fotogenik
- Tidak terikat dengan mana-mana agensi bakat (talent agency)
- Bujang
- Menyertakan salinan kad pengenalan
- Setiap penyertaan mestilah disertakan sekurang-kurangnya 2 keping foto berwarna bersaiz poskad yang menarik dan jelas (foto penuh dan close-up) dengan menggunakan borang penyertaan yang asli dari majalah MANGGA.
Lawati Laman Web : www.cherrytalent.com.my

0 Comments & Messages :

Contact Us

Your Message :
Your Name :
Email Address :

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Flyers And Posters

Flyers And Posters