Thursday, August 14, 2008

Nonstop Nonsense But Make Sense

Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Seberang Jaya, Datuk Ariff Shah Omar Shah dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos ini menentang de facto PKR Dato Seri Anwar Ibrahim. Melihatkan kepada profail peribadi dan politikal Dato Ariff, terlebih dahulu rasanya kita sudah boleh mengucapkan tahniah diatas kemenangan dan 'the return of ' Anwar didalam parlimen nanti.
Semakin hampir dengan tarikh pengundian dan tarikh pengumuman pengambil-alihan pimpinan negara dari BN ke PKR pada pertengahan September seolah sebagai angan-angan mat jenin yang mungkin boleh jadi kenyataan. Dalam cerita angan-angan ini, PAS juga diberitakan mempunyai agenda mereka untuk menentukan dan melantik siapa yang layak menerajui negara andainya parti gabungan PKR bakal memerintah.

Sehingga tiba hari itu, kita tengoklah siapa yang musibah, siapa yang gelabah dan siapa yang bakal jadi labah-labah, membuat perangkap tetapi diri sendiri terperangkap!
Salut!

0 Comments & Messages :

Contact Us

Your Message :
Your Name :
Email Address :

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Flyers And Posters

Flyers And Posters