Thursday, August 14, 2008

Hadiah RM10,000 menanti juara Jom Tanding Ngail 2008

CHUKAI - Wang tunai RM10,000 menanti juara kaki pancing, Jom Tanding Ngail 2008 yang akan berlangsung pada 16 Ogos jam 8.30 pagi bertempat di Pantai Teluk Mak Nik.  Pertandingan itu merupakan anjuran RJ Mega Fishing dan dijangka 1,000 kaki pancing bakal menjayakan aktiviti tersebut.

Pengurus RJ, Kamri Ngah, berkata, hadiah wang tunai, barangan elektrik dan hamper serta hadiah bonanza disediakan kepada semua peserta yang menyertai pertandingan tersebut.

“Apa yang menarik, pihak kami menyediakan satu kategori khas bagi ikan todak terberat dan yuran penyertaan cuma RM60 bagi satu joran,” ujarnya kepada Sinar Harian. Katanya, pertandingan itu dianjurkan buat kali kedua setelah sambutan baik diberi peminat kaki pancing yang diadakan di tempat sama, baru-baru ini. “Pelbagai acara sampingan turut dijalankan sementara menanti pertandingan tamat. Orang ramai boleh menyertai pertandingan teka biji betik yang menawarkan hadiah wang tunai bernilai RM500,” ujarnya.

Mereka yang berminat menyertai pertandingan itu atau ingin mengetahui dengan lebih lanjut boleh menghubunginya menerusi talian 019-9255049.

0 Comments & Messages :

Contact Us

Your Message :
Your Name :
Email Address :

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Flyers And Posters

Flyers And Posters