Wednesday, March 26, 2008
Tuesday, March 25, 2008
Friday, March 21, 2008
Rajin Mari
Suatu hari saya membuat pemeriksaan di klinik gigi di Hospital Besar Kemaman. Waktu saya sampai masa tu tiada pesakit memandangkan awal pagi. Selepas saya mendaftar, sepasang suami isteri masuk untuk membuat pendaftaran. Dari gelagat dan cara mereka bercakap, saya yakin mereka bukan orang tempatan. Memandangkan jarak kaunter pendaftaran dengan tempat duduk saya agak rapat maka saya dapat mendengar perbualan mereka dengan jelas. Suaminya mengambil tempat duduk disebelah saya dan membiarkan si isteri membuat pendaftaran.
“Selamat pagi kak! Saya nak membuat pemeriksaan gigi!” kata perempuan tersebut kepada kakak jururawat yang sedang sibuk menulis sesuatu di buku catatannya.
“Rajing mari sining dok?" tanya jururawat tu lagi.
“Maaf kak, saya tak begitu rajin datang kesini, cuma hari ni sahaja saya ada masa. Kalau kena hari lain malas la saya nak datang!” jawab perempuan tersebut secara ikhlas kepada pada jururawat yang bertugas. Jururawat tersebut tersenyum lantas membetulkan ayatnya..."Adik pernah datang kesini tak?” soalnya lagi dalam slang Kay Eyl.
“Ooo, saya tak pernah datang kak!” jawab perempuan tersebut separuh gelak.
“Ni nok periksa mende?" tanya jururawat tu lagi.
“Saya nak cabut gigi geraham, rasanya macam dah berlubang dan nak buat scaling” tambah perempuan tersebut.
“Mmm, kalu nok buat scaling kena set appointmeng, kalu gigi berlubang dang sakit, kita kena cabut selalu arr” jawab jururawat tu lagi.
“Saya nak cabut geraham yang berlubang je kak! kalau selalu kena cabut, habis rongak la saya ” jawab perempuan tu lagi.
Saya yang dari tadi macam nak tergelak terus menerangkan maksud kata-kata jururawat pada suami perempuan tersebut yang berada disebelah saya yang kemudiannya menjelaskan pada isterinya. Jururawat kat kaunter pendaftaran hanya tersenyum melihat kami...senyum selalu!
Thursday, March 13, 2008
Friday, March 7, 2008
Kemaman Perwaja Steel Annual Dinner 2008

1hb.Mac telah menyaksikan Perwaja Steel Kemaman menyambut kegemilangan dengan menganjurkan Majlis Makan Malam untuk para Pekerja dan Rakan Niaganya.
Antara VVIP yang hadir pada malam itu adalah merupakan Tuan Pengerusi Maju Holdings iaitu pemegang saham yang terbesar dalam Perwaja, Exco Pelancongan Negeri Terengganu, YB Dato Mohamed Bin Awang Tera dan juga Ahli Parlimen Kemaman, YB Ahmad Sabery Chik. Dengan kehadiran seramai 5000 orang, majlis pada malam itu diserikan dengan berbagai acara, termasuk pertandingan akhir karaoke inter-lojidepartment, pertandingan sketsa dan cabutan-cabutan bertuah dengan berbagai hadiah utama termasuk beberapa buah motosikal yang dihadiahkan oleh para kontraktor pembekal Perwaja. Namun pada malam itu majlis persembahan dimeriahkan dengan artis jemputan iaitu Mat Over yang bertindak sebagai Pengacara dan juga Pelawak. Sementara kemunculan penyanyi terkenal Nurul tidak menghampakan peminat dengan persembahan 4 lagu yang dibawakannya. Malam itu semuanya best...penonton, artis, acara, makanan...meriah bangat !!! Majlis yang diadakan setiap tahun ini bermula pada jam 8.00 malam dan berakhir pada jam 12.00 malam dengan penyampaian hadiah untuk pekerja-pekerja cemerlang Perwaja Steel Kemaman.
Majlis ini dijayakan dengan kerjasama EMP Entertainment dibawah pengurusan acara oleh Mr.Zul. Berikut adalah beberapa foto yang sempat dirakam. semoga ditahun akan datang lebih meriah lagi. Salute kepada semua Event Committe Perwaja yang bertungkus lumus untuk menjayakan majlis ini. Cheriooosss !!!
Jumpa Motivater
Dalam pertemuan singkat itu, YM Raja Kamrin sempat menyelitkan kata-kata semangat dan jati diri pada setiap penghujung tutur kata beliau walaupun pertemuan tersebut hanya berkisar pada perbualan ringkas dan kasual.
Antara ungkapan beliau, kejayaan seseorang didalam hidup bergantung kepada 3 perkara iaitu yang pertama ialah Keperibadian (attitude), yang kedua Kemahiran (skills) dan yang ketiga ialah Pengetahuan (knowledge).
Sesungguhnya proses pembelajaran dan memahirkan diri itu kan berterusan selama kita hidup samaada dalam pencarian ilmu dunia maupun ilmu akhirat. Semoga kata-kata beliau menjadi panduan buat kita semua dalam mencapai kejayaan hidup. InsyaAllah.
0 Comments & Messages Labels: Editorial News
Senak
Janis : suamiku, jangan berbicara. Awak berehatlah.
Kamal : tidak, ada yang perlu di akui.
Janis : semuanya akan ok, tidurlah.
Kamal : tidak Janis, saya ingin mati dengan aman. Janis, awak perlu tahu keadaan sebenar, saya telah berlaku curang dengan kakakmu, teman mu dan juga ibu mu.
Janis : saya tahu, itulah sebabnya saya meracun kamu.
Verb Tenses Tutorial
Verb tenses are tools that English speakers use to express time in their language. You may find that many English tenses do not have direct translations in your language. That is not a problem. By studying this verb tense tutorial, you will learn to think like a native English speaker.
Verb Tense Overview with Examples
Simple Present
I study English every day.
Simple Past
Two years ago, I studied English in England.
Simple Future
If you are having problems, I will help you study English.
Present Continuous
I am studying English now.
Past Continuous
I was studying English when you called yesterday.
Future Continuous
I will be studying English when you arrive tonight.
Present Perfect
I have studied English in several different countries.
Past Perfect
I had studied a little English before I moved to the U.S.
Future Perfect
I will have studied every tense by the time I finish this course.
Present Perfect Continuous
I have been studying English for five years.
Past Perfect Continuous
I had been studying English for five years before I moved to the U.S.
Future Perfect Continuous
I will have been studying English for over two hours by the time you arrive.
0 Comments & Messages Labels: Editorial News
Apakah Usahawan Perkasa
Adakah semua orang layak untuk menyertai program ini?
Ya, semua layak kecuali yang berumur di bawah 18 tahun dan individu yang gagal peringkat saringan.
0 Comments & Messages Labels: Editorial News
Cerita Pok Leh Chenih
Di sebuah kampung di Chenih, tinggal seorang tua bernama Pok Leh bersendirian di pondoknya. Pok Leh baru sahaja kematian isteri bernama Mok Su kerana diserang sakit jantung beberapa minggu yang lepas. Pok Leh selalu menjadi bualan mulut jiran-jirannya disebabkan sikap beliau pergi kekubur isterinya sebanyak tiga kali sehari. Penduduk kampung terharu dan kagum dengan sikapnya itu.
Suatu hari, seorang teman mendekatinya dan berkata "Awak ni Pok Leh, terlalu sangat cintakan Mok Su sehingga sanggup berbuat sedemikian. Tak pernah lagi aku tengok orang kampung kat sini buat macam apa yang kau buat ni Pok Leh".
Pok Leh menjawab "Sebenarnya, sebelum Mok Su menghembuskan nafasnya yang terakhir, dia sempat berpesan kat aku. Kalau aku hendak kahwin pun tunggulah sehingga rumput di kuburnya tumbuh dahulu. Oleh itu terpaksalah aku menyiram kuburnya supaya rumputnya cepat tumbuh".
Jumpa Nenek Awek
The Editorial Couple Of Cross Cultural Exposure and Inquisitive Living
I was always away when the time my sons got their first teeter until one day my wife told me to take off the service uniform and stay on ground closer at home. I really did that and today still I fly though but nevertheless just through the internet.
Tips Untuk Kurus
Siti obses untuk menguruskan badannya yang sangat gemuk. Disebabkan malas untuk melakukan senaman, Siti memilih untuk membeli pil yang boleh menguruskan badan di sebuah klinik.
Mek Selamoh Di Ibukota
Mek Selamoh mengikut setiap langkah pelayan itu menuju kebiliknya dan ketika pelayan tersebut menutup pintu, Mek Selamoh lantas seperti tergamam dan melihat ke sekeliling dan memarahi pelayan muda itu sambil berkata, " Hei budak muda! Aku mungkin sedikit tua dan kekampungan, tapi aku bukannya bodoh! Aku bayar mahal untuk tinggal dihotel ini tau! Bayaran untuk bilik sekecik ini memang tak berpatutan langsung! Dah la kecik, takde kemudahan, tak de TV, tempat tidur pun tak der!" katanya tanpa henti. " Kak, maafkan saya, ini adalah lif! Bilik akak kat tingkat 18", kata pelayan itu dengan selamba.
Safety Demo
"Cara untuk menggunakannya senang sahaja, mula-mula cabut pin ini, seperti mencabut pin bom tangan. kemudian tekan disini untuk mengeluarkan buihnya", terang pegawai demo tersebut.Sejurus selesai menunjukkan demonstrasi, pegawai tersebut memilih salah seorang daripada mereka untuk menunjukkan cara mengawal kebakaran ditempat letak kereta. Disebabkan berasa cemas yang melampau, pekerja berkenaan cuma berdiri kaku. Dia terlupa untuk mencabut pin alat pemadam tersebut. lantas pegawai itu memberikan klunya, "Ingat, seperti saya katakan tadi. Ianya seperti bom tangan". Sejurus mendengar kata-kata pegawai itu, seolah-olah seperti timbul satu keyakinan baru, dia pun dengan segera mencabut pin dan mencampakkan alat pemadam api itu kedalam api yang sedang marak. Apa lagi kesemua yang ada disitu pun bertempiaran lari.
Awek Dan Balak
Berikut adalah hasil pemerhatian saya terhadap beberapa pasangan remaja di sebuah pusat membeli belah :
Awek Cun + Balak Hensem
Couple ni relaks je. Tidak menunjukkan public affection yang berlebihan. Orang lain pun senang melihat mereka.
Awek Cun + Balak Tak Hensem
Kebanyakan awek yang cun mesti mendapat balak yang tidak hensem. Sila perhatikan balak itu. Muka mesti bangga sebab dia punya awek cun. Kadang-kadang, balak tu mesti pakai spek hitam nak nampak hensem. Boleh diperhatikan jugak, balak tu suka buat lawak tak kelakar, selalunya juga...balak itu mempunyai dompet yang tebal.
Awek Tak Cun + Balak Hensem
Kita boleh nampak awek tu mesti pegang 'kaw-kaw' tangan balak dia yang hensem. Public affection yang terlampau-lampau juga akan dilakukan oleh awek tersebut terhadap balaknya.
Boleh diperhatikan jugak kadang-kadang balak hensem itupun sedikit segan dengan perangai aweknya. Lepas itu kalau ada awek cun lalu kat tepi, awek tak cun mesti kasi jelingan maut terhadap awek cun itu macam nak makan orang. Insecurity problem.
Awek Tak Cun + Balak Tak Hensem
Ini couple tak sapa peduli punya...no komen.
Discover Malaysian Almost Famous Talent And Model Profiles Online
Email your best photo profail to
femestalent@mykemaman.com
- YOUR SIDE PROFILE - Foto Sisi Rupa Anda
- YOUR FULL PROFILE - Foto Penuh Badan Anda
- YOUR FACE PROFILE - Foto Penuh Rupa Wajah Anda
- YOUR BEST POSE - Posing Anda Yang Terbaik

Labels: Femestalent Registration
Flyers And Posters


