Wednesday, March 26, 2008

What a Joy Ride!

Tuesday, March 25, 2008

Demo Make-up dan Barangan Kosmetik AVON


















































































Friday, March 21, 2008

Rajin Mari

Bahasa Terengganu kekadang amat unik dan melucukan bagi orang luar yang berhijrah ke negeri penyu bertelur ini.
Suatu hari saya membuat pemeriksaan di klinik gigi di Hospital Besar Kemaman. Waktu saya sampai masa tu tiada pesakit memandangkan awal pagi. Selepas saya mendaftar, sepasang suami isteri masuk untuk membuat pendaftaran. Dari gelagat dan cara mereka bercakap, saya yakin mereka bukan orang tempatan. Memandangkan jarak kaunter pendaftaran dengan tempat duduk saya agak rapat maka saya dapat mendengar perbualan mereka dengan jelas. Suaminya mengambil tempat duduk disebelah saya dan membiarkan si isteri membuat pendaftaran.
“Selamat pagi kak! Saya nak membuat pemeriksaan gigi!” kata perempuan tersebut kepada kakak jururawat yang sedang sibuk menulis sesuatu di buku catatannya.
“Selamat pagi, mintak IC dik!” sapa jururawat tersebut.
“Rajing mari sining dok?" tanya jururawat tu lagi.
Perempuan tersebut pun berpaling kepada suaminya dan bertanya: “Abang bila lagi off day?”. “Next month la dear” jawab suaminya.
“Maaf kak, saya tak begitu rajin datang kesini, cuma hari ni sahaja saya ada masa. Kalau kena hari lain malas la saya nak datang!” jawab perempuan tersebut secara ikhlas kepada pada jururawat yang bertugas. Jururawat tersebut tersenyum lantas membetulkan ayatnya..."Adik pernah datang kesini tak?” soalnya lagi dalam slang Kay Eyl.
“Ooo, saya tak pernah datang kak!” jawab perempuan tersebut separuh gelak.
“Ni nok periksa mende?" tanya jururawat tu lagi.
“Saya nak cabut gigi geraham, rasanya macam dah berlubang dan nak buat scaling” tambah perempuan tersebut.
“Mmm, kalu nok buat scaling kena set appointmeng, kalu gigi berlubang dang sakit, kita kena cabut selalu arr” jawab jururawat tu lagi.
“Saya nak cabut geraham yang berlubang je kak! kalau selalu kena cabut, habis rongak la saya ” jawab perempuan tu lagi.
Saya yang dari tadi macam nak tergelak terus menerangkan maksud kata-kata jururawat pada suami perempuan tersebut yang berada disebelah saya yang kemudiannya menjelaskan pada isterinya. Jururawat kat kaunter pendaftaran hanya tersenyum melihat kami...senyum selalu!

Thursday, March 13, 2008

Femestalent Nurul Huda Al Hassan

















Friday, March 7, 2008

Kemaman Perwaja Steel Annual Dinner 2008



















































1hb.Mac telah menyaksikan Perwaja Steel Kemaman menyambut kegemilangan dengan menganjurkan Majlis Makan Malam untuk para Pekerja dan Rakan Niaganya.

Antara VVIP yang hadir pada malam itu adalah merupakan Tuan Pengerusi Maju Holdings iaitu pemegang saham yang terbesar dalam Perwaja, Exco Pelancongan Negeri Terengganu, YB Dato Mohamed Bin Awang Tera dan juga Ahli Parlimen Kemaman, YB Ahmad Sabery Chik. Dengan kehadiran seramai 5000 orang, majlis pada malam itu diserikan dengan berbagai acara, termasuk pertandingan akhir karaoke inter-lojidepartment, pertandingan sketsa dan cabutan-cabutan bertuah dengan berbagai hadiah utama termasuk beberapa buah motosikal yang dihadiahkan oleh para kontraktor pembekal Perwaja. Namun pada malam itu majlis persembahan dimeriahkan dengan artis jemputan iaitu Mat Over yang bertindak sebagai Pengacara dan juga Pelawak. Sementara kemunculan penyanyi terkenal Nurul tidak menghampakan peminat dengan persembahan 4 lagu yang dibawakannya. Malam itu semuanya best...penonton, artis, acara, makanan...meriah bangat !!! Majlis yang diadakan setiap tahun ini bermula pada jam 8.00 malam dan berakhir pada jam 12.00 malam dengan penyampaian hadiah untuk pekerja-pekerja cemerlang Perwaja Steel Kemaman.

Majlis ini dijayakan dengan kerjasama EMP Entertainment dibawah pengurusan acara oleh Mr.Zul. Berikut adalah beberapa foto yang sempat dirakam. semoga ditahun akan datang lebih meriah lagi. Salute kepada semua Event Committe Perwaja yang bertungkus lumus untuk menjayakan majlis ini. Cheriooosss !!!

Jumpa Motivater

Hari ini saya dapat peluang bertemu dengan pakar motivasi negeri Terengganu yang tersohor iaitu Yang Mulia Raja Kamrin.
Dalam pertemuan singkat itu, YM Raja Kamrin sempat menyelitkan kata-kata semangat dan jati diri pada setiap penghujung tutur kata beliau walaupun pertemuan tersebut hanya berkisar pada perbualan ringkas dan kasual.
Antara ungkapan beliau, kejayaan seseorang didalam hidup bergantung kepada 3 perkara iaitu yang pertama ialah Keperibadian (attitude), yang kedua Kemahiran (skills) dan yang ketiga ialah Pengetahuan (knowledge).
Mempelajari dan memahirkan diri dalam berbagai bidang semestinya akan memudahkan dan membuka jalan untuk seseorang itu berjaya didalam apa sahaja kerja yang dilakukannya, selain dari peribadi yang elok dan ilmu pengetahuan yang luas.
Sesungguhnya proses pembelajaran dan memahirkan diri itu kan berterusan selama kita hidup samaada dalam pencarian ilmu dunia maupun ilmu akhirat. Semoga kata-kata beliau menjadi panduan buat kita semua dalam mencapai kejayaan hidup. InsyaAllah.

Senak

Kamal yang sedang terbaring ditempat tidurnya kerana uzur, hanya menunggu masa hilang nyawa. Isterinya, Janis pula setia berada disisinya sambil menangis memegang tangan suaminya dengan penuh erat. Disaat Janis sedang berdoa, Kamal membisik sesuatu kepada isterinya.
Kamal : Janis isteriku, saya harus mengakui sesuatu.
Janis : suamiku, jangan berbicara. Awak berehatlah.
Kamal : tidak, ada yang perlu di akui.
Janis : semuanya akan ok, tidurlah.
Kamal : tidak Janis, saya ingin mati dengan aman. Janis, awak perlu tahu keadaan sebenar, saya telah berlaku curang dengan kakakmu, teman mu dan juga ibu mu.
Janis : saya tahu, itulah sebabnya saya meracun kamu.

Femestalent Mia Ahmad
























Verb Tenses Tutorial

Verb tenses are tools that English speakers use to express time in their language. You may find that many English tenses do not have direct translations in your language. That is not a problem. By studying this verb tense tutorial, you will learn to think like a native English speaker.


Verb Tense Overview with Examples

Simple Present
I study English every day.
Simple Past
Two years ago, I studied English in England.
Simple Future
If you are having problems, I will help you study English.

Present Continuous
I am studying English now.
Past Continuous
I was studying English when you called yesterday.
Future Continuous
I will be studying English when you arrive tonight.

Present Perfect
I have studied English in several different countries.
Past Perfect
I had studied a little English before I moved to the U.S.
Future Perfect
I will have studied every tense by the time I finish this course.

Present Perfect Continuous
I have been studying English for five years.
Past Perfect Continuous
I had been studying English for five years before I moved to the U.S.
Future Perfect Continuous
I will have been studying English for over two hours by the time you arrive.

Apakah Usahawan Perkasa

Adakah semua orang layak untuk menyertai program ini?
Ya, semua layak kecuali yang berumur di bawah 18 tahun dan individu yang gagal peringkat saringan.

Apakah tujuan peringkat saringan?
Peringkat ini terpaksa dilakukan kerana kami terpaksa memilih individu yang benar-benar layak untuk dididik menjadi usahawan dan bilangannya dihadkan bertujuan untuk memastikan penumpuan mentor ditahap maksimum.
Bagaimanakan prosedur pemulangan wang selama 30 hari untuk Pakej Pengenalan tersebut?
Pakej pengenalan tersebut haruslah dipulangkan dalam keadaan baik dan boleh digunakan semula dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan pakej.
Adakah semua akan berjaya membina perniagaan dengan program Usahawan Perkasa ini?
Kejayaan adalah bergantung terus dengan usaha, ketekunan, kesanggupan untuk menerima tunjuk ajar yang diberikan mentor. Kesemua peserta perintis telah mula menjana pendapatan dari perniagaan mereka.
Bolehkah menyertai program ini secara sambilan?
Ya, ia boleh dilakukan secara sambilan. Jika perniagaan telah terlalu besar nanti, biasanya mentor akan memberikan nasihat untuk menguruskannya secara sepenuh masa agar perkhidmatan yang diberikan sentiasa ada demi kepuasan pelanggan dan bertujuan untuk menjaga imej penganjur Program UsahawanPerkasa.
Adakah perlu untuk mengeluarkan modal?
Ya, setiap perniagaan perlukan modal pusingan untuk menyediakan stok, pengiklanan, kos pembelajaran ilmu perniagaan dan sebagainya.
Berapakah modal pusingan awal yang perlu disediakan?
Pihak mentor anda akan menformulasikan beberapa pakej yang bersesuaian untuk setiap individu selepas calon terbabit lulus saringan pertama. Jumlahnya bergantung kepada kemampuan setiap individu terbabit.
* Pihak Usahawan Perkasa menjamin setiap sen pelaburan peserta akan diperolehi kembali dengan cara Halal dan bersih disisi undang-undang negara dan agama Islam.

Cerita Pok Leh Chenih

Di sebuah kampung di Chenih, tinggal seorang tua bernama Pok Leh bersendirian di pondoknya. Pok Leh baru sahaja kematian isteri bernama Mok Su kerana diserang sakit jantung beberapa minggu yang lepas. Pok Leh selalu menjadi bualan mulut jiran-jirannya disebabkan sikap beliau pergi kekubur isterinya sebanyak tiga kali sehari. Penduduk kampung terharu dan kagum dengan sikapnya itu.

Pok Leh pergi tak kira pagi, tengah hari maupun petang untuk menyiram kubur isterinya secara berterusan selama dua minggu. Di mata penduduk kampung, Pok Leh ternyata amat mencintai isterinya itu.
Suatu hari, seorang teman mendekatinya dan berkata "Awak ni Pok Leh, terlalu sangat cintakan Mok Su sehingga sanggup berbuat sedemikian. Tak pernah lagi aku tengok orang kampung kat sini buat macam apa yang kau buat ni Pok Leh".
Pok Leh menjawab "Sebenarnya, sebelum Mok Su menghembuskan nafasnya yang terakhir, dia sempat berpesan kat aku. Kalau aku hendak kahwin pun tunggulah sehingga rumput di kuburnya tumbuh dahulu. Oleh itu terpaksalah aku menyiram kuburnya supaya rumputnya cepat tumbuh".

Jumpa Nenek Awek

Suatu hari, Leha berkesempatan memperkenalkan Awang kepada neneknya, Awang tenang menunggu diruang tamu sambil duduk mengunyah kacang gajus sampai habis semangkuk. Tidak lama kemudian, nenek Leha keluar lalu Awang bersalam dengan sopannya sambil berkata' "Maaflah nek, habis semangkuk kacang tu saya makan, sedaplah pulak", katanya "Takpe, Leha memang suka sangat bawakan nenek coklat kacang gajus ni. Gigi nenek dah tak de, jadi nenek suka hisap coklatnya aje. Kacangnya nenek tinggalkan kat mangkuk tu". kata nenek dengan selambanya.

The Editorial Couple Of Cross Cultural Exposure and Inquisitive Living

Hafifah and Syzul,
Femes Author and the Editor of MyKemaman.Com




I was always away when the time my sons got their first teeter until one day my wife told me to take off the service uniform and stay on ground closer at home. I really did that and today still I fly though but nevertheless just through the internet.
By the time everybody accommodates Posh and Beckham’s fashion parade, we‘ve already been to the Old Trafford and not to mentioned the taste of apple pie from Mark & Spencer when we sat on the wooden bench on a cold rainy October day, off the street Chester Square and I still kept the red mug that I bought form the Woolworth counter. Even my kids still remember the sound of the underground train every time we went on the Commuter to KL Central during the time when we lost our way to Eiffel Tower in Paris until finally we realize the train actually goes in a circle.
That was 4 years ago when I decided to take the ‘Stay At Home Job’ seriously as my routine schedule. My wife and the kids were so happy because they could see me all the times. Somewhat staying at home means I have to somehow find a way to generate a steady income for the family, in another words deciding the Online Marketing as serious as any other on purpose job. Now, not only more but I have a lot of moments with my family especially my two sons as they growing up timely while having me spying on their deeds.
                                                         
Our sons - Adam and Daniel, the actual WebMaster Buster as they takeover the keyboard and mouse for their Condition Zero gaming session.



The Sengih Sokmo's bloggertorial Mascot.
Influenced by the retros and psycadellic music during my growing years has witness my ability to expose and expand my creativity in every aspect of knowledge and experience that I have gained. Yet, my maturity has certain limit which inline with intellectuality in present days of global or national issues. These are the time of progressive movement from regular media evolution to cyber community which is known by the net name. Be a real observer or just tip-toed in these community, but as you go online regularly, you will become more absurb by the internet.
Its the millenium, time to be individual. Make a pogo dance infront of Casa Limbung street or grow a sleazy beard, option a screenplay or be a drift king. It makes no different to anybody. Everybody are here to encourage the journey, to enhance the exploration, the facts and the wrongs, to offer information, not rules. Mykemaman.Com is about being individual, a pure independant webzine, write things of your own and for what you think is right...and still fitting in.
This is a blog that would embrace as a webzine and  not only as a casual reading but as a way of looking into the world also...from various social thinking of course!...not just photos & pictures, but also creativeness, fashionism, idealism, thoughts, life journal, the classics and...whatever! until boredoms broke out. Cherioooos!

Tips Untuk Kurus

Siti obses untuk menguruskan badannya yang sangat gemuk. Disebabkan malas untuk melakukan senaman, Siti memilih untuk membeli pil yang boleh menguruskan badan di sebuah klinik.

Siti : Doktor, ubat apa yang harus saya minum untuk menguruskan badan? saya nak yang berkesan dan murah
Doktor : Ooo! saya boleh bagi tanpa awak perlu mengeluarkan sesen pun. Awak tak perlu minum sebarang ubat. Cukup dengan menggeleng-gelengkan kepala awak saja.
Siti : Sampai bila saya nak geleng kepala? Pagi? Siang? Petang? Malam?
Doktor : Ya, setiap masa terutamanya ketika orang memberikan makanana kepada anda.
Siti : Gila ke...!!!???#%#

Mek Selamoh Di Ibukota

Mek Selamoh baru sahaja sampai di Ibukota mengikuti rombongan Persatuan wanitanya. Selepas urusan mendaftar nama dikaunter hotel, Mek Selamoh diberitahu supaya mengikuti seorang pelayan perempuan yang akan menunjukkan arah biliknya.

Mek Selamoh mengikut setiap langkah pelayan itu menuju kebiliknya dan ketika pelayan tersebut menutup pintu, Mek Selamoh lantas seperti tergamam dan melihat ke sekeliling dan memarahi pelayan muda itu sambil berkata, " Hei budak muda! Aku mungkin sedikit tua dan kekampungan, tapi aku bukannya bodoh! Aku bayar mahal untuk tinggal dihotel ini tau! Bayaran untuk bilik sekecik ini memang tak berpatutan langsung! Dah la kecik, takde kemudahan, tak de TV, tempat tidur pun tak der!" katanya tanpa henti. " Kak, maafkan saya, ini adalah lif! Bilik akak kat tingkat 18", kata pelayan itu dengan selamba.

Safety Demo

Di sebuah restoran nasi kandar, beberapa orang pekerja menghadiri satu Seminar Kebakaran & Keselamatan. Mereka berpeluang melihat demonstrasi dan mempelajari teknik memadam kebakaran menggunakan alat pemadam api (fire extinguisher).

"Cara untuk menggunakannya senang sahaja, mula-mula cabut pin ini, seperti mencabut pin bom tangan. kemudian tekan disini untuk mengeluarkan buihnya", terang pegawai demo tersebut.Sejurus selesai menunjukkan demonstrasi, pegawai tersebut memilih salah seorang daripada mereka untuk menunjukkan cara mengawal kebakaran ditempat letak kereta. Disebabkan berasa cemas yang melampau, pekerja berkenaan cuma berdiri kaku. Dia terlupa untuk mencabut pin alat pemadam tersebut. lantas pegawai itu memberikan klunya, "Ingat, seperti saya katakan tadi. Ianya seperti bom tangan". Sejurus mendengar kata-kata pegawai itu, seolah-olah seperti timbul satu keyakinan baru, dia pun dengan segera mencabut pin dan mencampakkan alat pemadam api itu kedalam api yang sedang marak. Apa lagi kesemua yang ada disitu pun bertempiaran lari.

Awek Dan Balak

Berikut adalah hasil pemerhatian saya terhadap beberapa pasangan remaja di sebuah pusat membeli belah :

Awek Cun + Balak Hensem
Couple ni relaks je. Tidak menunjukkan public affection yang berlebihan. Orang lain pun senang melihat mereka.

Awek Cun + Balak Tak Hensem
Kebanyakan awek yang cun mesti mendapat balak yang tidak hensem. Sila perhatikan balak itu. Muka mesti bangga sebab dia punya awek cun. Kadang-kadang, balak tu mesti pakai spek hitam nak nampak hensem. Boleh diperhatikan jugak, balak tu suka buat lawak tak kelakar, selalunya juga...balak itu mempunyai dompet yang tebal.

Awek Tak Cun + Balak Hensem
Kita boleh nampak awek tu mesti pegang 'kaw-kaw' tangan balak dia yang hensem. Public affection yang terlampau-lampau juga akan dilakukan oleh awek tersebut terhadap balaknya.
Boleh diperhatikan jugak kadang-kadang balak hensem itupun sedikit segan dengan perangai aweknya. Lepas itu kalau ada awek cun lalu kat tepi, awek tak cun mesti kasi jelingan maut terhadap awek cun itu macam nak makan orang. Insecurity problem.

Awek Tak Cun + Balak Tak Hensem
Ini couple tak sapa peduli punya...no komen.

Femestalent Nurliyana



















Discover Malaysian Almost Famous Talent And Model Profiles Online

Join Femes Talent on the Net! 
Get your chance to appear in a Photoshoot or TV commercials. 
Email your best photo profail to
femestalent@mykemaman.com
PHOTOS THAT WE NEED! - FOTO YANG KAMI PERLU!

  1. YOUR SIDE PROFILE - Foto Sisi Rupa Anda
  2. YOUR FULL PROFILE - Foto Penuh Badan Anda
  3. YOUR FACE PROFILE - Foto Penuh Rupa Wajah Anda
  4. YOUR BEST POSE - Posing Anda Yang Terbaik
Yuran Daftar Adalah RM50 Untuk Setahun * Sila Semak Auto Reply Email Dari Kami Untuk Cara Pembayaran! Registration fee is $50 RM for a year * please check your email for our auto reply email on how to make payment! 

Photo Profile anda akan di keluarkan dari halaman posting ini sekiranya anda gagal membuat pembayaran yuran daftar dalam masa seminggu dari tarikh email kami tersebut.


PRIVACY CONTENT ON DETAILS
Dear respectful talent, please aware that we are not going to publicise your personal contact number in respect of your privacy and conscious.

MEMBERSHIP TERMS & CONDITION
You will be a member of FEMES freelance model & talent, with no contract and liability attached. The Editor has the right to edit or not to publish your profile or photos. You will be contacted once you have been selected for an audition or casting by our advertisers or media producers.

Payment Via Credit Card

Contact Us

Your Message :
Your Name :
Email Address :

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Flyers And Posters

Flyers And Posters